SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

Kunjungan dari Sarawak Skill

8 Jun 2023 | Khamis
ADTEC Bintulu menerima kunjungan dari Sarawak Skill bagi membincangkan kerjasama dari segi latihan kemahiran kepada belia Sarawak yang boleh diusahakan bersama ADTEC Bintulu. Sarawak Skill diwakili oleh Chief Commercial Officer, Encik Isham bin Fauzi dan Business Development Manager, Encik Abdul Hafidz bin Ali. Pengarah ADTEC Bintulu , Ts Dr Aruna binti Ismail @ Abd Wahab beserta barisan Pengurusan ADTEC Bintulu telah bersama-sama menyantuni delegasi Sarawak Skill dan hasil perbincangan telah membuahkan hasil yang positif. Pihak ADTEC Bintulu mengucapkan setinggi penghargaan kepada Sarawak Skill atas inisiatif yang diberikan. Semoga perancangan yang dibina dapat direalisasikan bagi memastikan peluang lepasan sekolah di Sarawak untuk menjalani latihan kemahiran dapat ditingkatkan dalam masa yang terdekat.