SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ADTEC BINTULU

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 (𝐊𝐏𝐏𝐊) 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐒𝐀𝐓𝐄𝐋𝐈𝐓 𝐂𝐈𝐀𝐒𝐓 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐔𝐋𝐔

14 Jun 2023, Bintulu – YBrs. Ts. Dr. Mohamad bin Sulaiman (KPPK) telah membuat Lawatan Kerja Rasmi ke Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu. Lawatan kerja ini diiringi oleh Pn. Zuleah binti Darsong, Pengarah CIAST dan pegawai kanan JPK dan CIAST
Lawatan Kerja ini juga turut memberi kesempatan kepada JPK untuk berbincang kerjasama strategik yang telah terjalin di antara Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu dengan Pengurusan Tertinggi ADTEC Bintulu. Di samping itu, KPPK telah menyampaikan amanat kepada pelajar TVET-I sesi 2/2023 yang baru melapor diri untuk menanam semangat untuk menjadi pengajar kemahiran yang berkualiti di masa hadapan dalam membangunkan tenaga mahir negara. KPPK juga menyeru pelajar supaya sentiasa meningkatkan perkembangan karier dengan mengikuti upskilling dan reskilling.
Di akhir sesi lawatan kerja, KPPK telah sudi untuk bergambar dengan pegawai
ADTEC Bintulu dan Kampus Satelit CIAST ADTEC Bintulu.